Bagaimana membedakan batu permata  asli   dengan sintetik ?
Biasanya, batuan asli   mempunyai  ciri-ciri yang menarik seperti "inclusion", warna,   kekerasan, dan  bentuk yang berlainan dari batu sintetik. Untuk pengetahuan   semua,  terdapat dua cara permata buatan manusia dihasilkan. Pertama, secara    sintetik dimana batuan asli dileburkan dan dibentuk kembali dan kedua  secara   immitation (tiruan) iaitu batuan asli dicampur dengan bahan  lain seperti   kaca. Batuan sintetik masih lagi dianggap sebagai permata  yang berharga   kerana bahan asalnya merupakan batu asli.
Perbedaan pertama   ialah, batuan sintetik biasanya tidak  mempunyai "inclusion".   Inclusion ialah kesan seakan-akan retak  (crack), atau buih (buble) atau   terdapat bendasing di dalam batu  (seperti tourmalined and rutilated   inclusion) atau lamella (kesan  seperti cap jari) atau "microcrystalline   aggreget" (seperti rekahan  tetapi tidak boleh dirasa dengan   menggunakanjari).
Inclusion berbentuk   bebenang  berwarna putih pada blue-lace agate.
Salah satu ciri emerald (zamrud) dari Columbia ialah inclusion yang dinamakan jardin. Jardin memberi kesan seperti rekahan, buih dan/atau bintik kehitaman pada emerald
Bentuk potongan Batu permata
Batu permata biasa dipotong   atau  dicanai bagi menyerlahkan kecantikan dan keindahannya. Potongan    memberikan nilai yang tinggi kepada batu permata kerana ia menyerlahkan    kilauan, memberi bentuk yang menarik, dan menonjolkan ciri batu  permata   tersebut seperti luster, inclusion, dan intrusion pada batu  permata tersebut.   Selain itu, potongan juga memberikan batu permata menonjolkan warna dan kesan    cahaya yang sangat indah. Cara potongan yang paling popular terbahagi  kepada   lima :
1.                 Brilliant  Cuts
Brilliant cut   merupakan potongan yang sangat popular  bagi diamond dan batu permata yang   berwarna.Potongan ini membenarkan  cahaya dipantulkan secara maksimum dan memberi   kesan seperti api yang  berkilauan. bentuk yang biasa ialah oval, pear-shaped   pendeloque, dan  boat-shaped marquise atau navette. Brilliant cut boleh   dipotong  sehingga 58 facet dengan pelbagai bentuk seperti heart atau star.
2. Step Cuts

Step cut (atau trap cut) menonjolkan warna pada batu permata dan mempunyai bentuk segiempat atau segi empat sama. Selain itu, bentuk oktagonal juga boleh didapati dengan memotong bahagian sisi batu permata yang berbentuk segiempat sama. Potongan yang popular ialah emerald, square, radiant, octagon, oval, baguette potongan table cut. Emerald cut sangat popular bagi emerald kerana ia menyerlahkan warna dan corak dalaman batu permata tersebut.
3. Mixed Cuts

Mixed Cut biasa dipotong secara bulatan dengan bentuk crown seperti brilliant cut, dan pavilions step-cut. Sapphires dan Rubies, serta transparent colour gemstones dipotong dengan cara ini. Bentuk yang popular ialah cushion, pear atau teardrop, dan oval.
4. Fancy Cuts

Fancy cut terdapat dalam pelbagai bentuk seperti triangular, kite-shaped, lozenge-shaped, pentagonal atau hexagonal. Selain itu, terdapat dalam bentuk pear dan tear drop. Bentuk heart pula menjadi pilihan bagi hadiah kepada yang tersayang. Bentuk lainialah seperti hexagon, pentagon, trilliant, marquise, heart,stepped crown, step cut briolette, rondelle, star, scissors, twisted triangle dan pear.
5. Polishing

Polishing biasa dilakukan bagi batu permata yang translucent atau opaque, seperti opal dan jade. Batu permata biasa dipotong secara beads atau flat pieces sebagai cabochon. Polishing memberikan batu permata yang licin, cantik, dan menyerlahkan corak dalaman batu tersebut.







